Artis Komedi Popular (ABPBH)

Artis Komedi Popular ialah salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang dianjurkan secara tahunan oleh Berita Harian. Anugerah ini mengiktiraf populariti artis komedi yang telah memberikan persembahan menerusi tayangan filem, rancangan komedi di kaca televisyen, dan persembahan pentas yang paling digemari ramai sepanjang tahun. Pencalonan artis komedi dalam kategori ini ditentukan oleh undian pembaca Berita Harian mahupun peminat artis komedi kegemaran masing-masing.

Artis Komedi Popular (ABPBH)

Penghargaan Artis komedi yang paling digemari ramai dalam industri hiburan
Disampaikan oleh Berita Harian
Laman web rasmi www.abpbh.com.my
Anugerah terakhir 2018
Kini dipegang oleh Zizan Razak (2018)
Negara Malaysia
Anugerah pertama 1992